Make your own free website on Tripod.com

 Selamat Datang, Tetamu (Log Masuk)

Bahasa Malaysia | English  

 

Navigasi

Laman Utama
Forum
Muat Turun
Daftar Ahli

Artikel Hangat

Keputusan PMR 07
Sejarah SSP

Data & Maklumat

Senarai Staf Akademik
Senarai Staf Sokongan
Aktiviti Sekolah

Rakan Web

Daftar masuk

Pentadbir Web

Sila daftar masuk

Menu Pengguna

Maklumat Saya
Hantar Berita
Hantar Pautan
 
Terkini : Pengumuman Keputusan Peperiksaan PMR 2007

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2007 akan diumumkan pada Khamis, 27 Disember 2007. Calon-calon PMR 2007 boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing, mulai jam 10.30 pagi. Syabas dan Tahniah.

 
 
Pendidikan : Peperiksaan Kebangsaan Bertukar Nama

Bermula 2011, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), masing-masing akan ditukar nama kepada Pentaksiran Sekolah Rendah (PSR) dan Pentaksiran Sekolah Menengah Rendah (PSMR).Bagaimanapun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal mengguna pakai nama yang sedia ada.

Ketua Penolong Pengarah Unit Psikometri Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr. Jamil Adimin berkata, perubahan itu dibuat atas kehendak awam dan sejajar dengan pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).Beliau berkata, berdasarkan SPPK, peperiksaan-peperiksaan utama itu tidak lagi menekankan kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira kecemerlangan sahsiah, kokurikulum, jasmani dan ujian psikometrik.

‘‘Melalui SPPK, lima pentaksiran akan dilalui oleh pihak sekolah iaitu pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, peperiksaan pusat, pentaksiran aktiviti, jasmani dan kokurikulum serta ujian psikometrik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Pentaksiran sekolah akan dibuat oleh pihak sekolah terhadap pelajar bukan sahaja daripada segi akademik malah kokurikulum, kepimpinan, sahsiah dan kecenderungan untuk dinilai bersama-sama peperiksaan utama.

Pentaksiran pusat akan dibuat oleh LPM melibatkan standard, garis panduan pelaksanaan, kriteria pemarkahan, jenis tugasan kepada pelajar contohnya kerja kursus, projek dan ujian lisan sementara pelaksanaannya akan dikendalikan oleh pihak sekolah.“Melalui pentaksiran pusat, LPM akan menilai semula atau memoderasikan markah yang diberi oleh pihak sekolah terhadap pelajar dan sekolah masing-masing untuk disesuaikan dengan pencapaian peperiksaan pusat,” tegasnya.

Menurut beliau, sistem berkenaan telah diguna pakai di semua negara maju, justeru sistem penilaian semula oleh LPM itu tidak boleh dipertikaikan oleh pihak sekolah.“Kita mempunyai instrumen sendiri untuk menilai markah yang diberi oleh pihak sekolah, oleh itu jika ada pemarkahan ‘luar biasa’ diberi oleh pihak sekolah kepada pelajar atau sekolah masing-masing, kita akan dapat kesan dengan mudah,” katanya.

Pentaksiran lain yang akan dilaksanakan ialah pentaksiran aktiviti, jasmani, kokurikulum dan ujian psikometrik iaitu kecenderungan pelajar.Sejajar dengan perubahan itu, difahamkan nama LPM (Malaysian Examination Syndicate-MES) juga akan ditukar dan dikenali sebagai Lembaga Pentaksiran Negara (National Assessment Authority-NAA).

Perubahan nama itu juga memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada LPM untuk memastikan SPPK berjaya selain segala keputusan akan menjadi lebih telus dan mesra masyarakat.

 
 
ICT Tips : Simpan Data Anda di Internet

Tak cukup saiz pendrive ? Tak ade pendrive Jangan bimbang. Simpan data anda di Internet, bagaimana ? Anda hanya terus menyimpan dalam storan-storan di internet ini dan terus mencapainya apabila sampai di didestinasi dan terus melakukan tugas anda.

1) XDRIVE
Xdrive antara peneraju storan dalam talian dan perkongsian fail.Ia mudah, berkuasa dan berbaloi.
http://www.xdrive.com/

2) DriveHQ.com
DriveHQ.com adalah antara yang terbaik dalam storan fail dalam talian, backup dan sistem FTP
http://www.drivehq.com/

3) Microsoft Windows SkyDrive
Windows SkyDrive dari Microsoft ialah sistem sharing file dan storan. Ianya memberikan anda saiz sebesar 5GB
http://skydrive.live.com

4) FlipDrive.com
Storan fail dalam talian yang selamat dan mudah dikongsikan.
http://www.flipdrive.com/

5) I(2) Drive Online Storage
I(2) Drive menyediakan storan untuk peribadi dan korporat bagi memudahkan pengendalian data dan maklumat yang penting dari mana sahaja.
http://www.i2drive.com/

 
 
Khidmat Web: Hit Counter, Profile Viewed, User Online

Anda ada laman web, MySpace ? Ada  tapi tak tahu bagaimana nak semak berapa banyak unique visitor kelaman web anda. Gunakan aplikasi web seperti Ultimate Hit Counter ini untuk melihat pelawat dilaman web dan Amongus untuk melihat user online

 
 
Ancaman : Gizmowarez sebar alatan godam MySpace

Dalam satu laporan Binothreats.org, Gizmowarez telah menyebarkan satu alat untuk menggodam MySpace menggunakan e-mail profile. Ini adalah suatu ancaman bahaya kepada pengguna MySpace

 
 
Dunia Internet : Domain baru untuk pengguna Second Top Level Domain .my

Anda pernah melanggan ataupun menggunakan Second Top Level Domain .my ? Contonya seperti com.my, .edu.my, .net.my, .org.my, .name.my . Tahniah anda layak untuk mendapat domain .my sahaja contohnya : www.literasi.org.my boleh dikenali hanya dengan www.literasi.my . Dapatkan segera

 
 
Cheats : Font

Windows Vista Segeo.ttf, BatangChe.ttf, Verdana.ttf ...tentu anda kenal font sebegini bukan? OK. Sekarang anda menggunakan komputer rakan anda yang kreatif iaitu beliau men'download' fonts dari Internet, dan anda berminat untuk font tersebut..Sekiranya rakan anda tidak mempunyai sumber font tersebut apa yang anda perlu lakukan adalah seperti dibawah:

1. Buka Control Panel

2. Buka Folder Fonts, dan minimizekan tetingkap tersebut

3. Kemudian, buka My Documents dan buat folder baru

4. Restore down tetingkap MyDocuments dan seret ke hujung atas kiri

5. Maximize Control Panel dan restore down.. Seret tetingkap ke sebelah hujung bawah kanan

6. Anda dpt melihat dua tetingkap yang diagonal ?

7. Seret kursor anda ke nama font yang anda suka, contonya Segeo Print.ttf (tekan shift dan pilih untuk pilih lebih banyak )

8. Apa lagi?!! Seret dan letak kedalam folder baru yang anda buat di MyDocument tadi..

 
Windows Vista Tips : Tiada

Belum wujud..

 
 

 

 

 

© 2007 Gerbang Informasi Literasi ICT Nasional
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dengan resolusi 1028x768.